Pada 16 Julai 2023 – Seramai 20 peserta termasuk urus setia telah dilibatkan dalam satu bengkel Kerangka Pelan Pembangunan Antirasuah yang melibatkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) UTM. Pelaksanaan yang dinasihatkan oleh pihak BPIA adalah dengan membangunkan OACP ini di peringkat UTM. Hal ini demikian kerana, OACP merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi.
Justeru itu, bengkel ini dijalankan untuk menerangkan hasrat Unit Integriti, selaku urus setia untuk membangunkan Pelan Tindakan Integriti UTM ini, yang dicadangkan bagi tempoh 2022-2025.