BY THE CHANCELLOR OF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM),
HER MAJESTY RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH

IN CONJUNCTION WITH THE 10th YEAR ANNIVERSARY OF RZS-CASIS

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين،
وعلى آله وصحبه أجمعين.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismi’Llāh al-Raḥmān al-Raḥīm,
Al-ḥamduli’Llāh Rabbi’l-‘alāmīn wa’s-ṣalātu wa’s-salām
‘alā Sayyidina Muḥammad ashrafi’l-anbiya’ wa’l-mursalīn wa‘alā ’alihi wa ṣaḥbihi ajma’īn
Assalāmu‘alaikum waraḥmatu’Llāh wa barakātuh.

Ladies and gentlemen,
Alhamdulillah, this month the Raja Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (RZS-CASIS) has reached its 10th year anniversary since its establishment.

On this auspices occasion, I wish to express my support and appreciation for RZS-CASIS’s unique, consistent and wise defense and clarification of long-standing intellectual Islamic tradition.

Towards this end, I am pleased to see that RZS-CASIS has grown from strength to strength in fulfilling its mission: in recent years, it has seen the graduation of 36 masters and 7 PhD students, of 12 publications, the successful completion of meaningful events such as the Inaugural International Symposium on Syed Muhammad Naquib al-Attas in 2020.

Indeed, for the many years during existence of RZS-CASIS, Professor al-Attas has honoured us as the Distinguished Visiting Professor at CASIS with his iconic Saturday Night Lecture Series; spending many hours in direct engagement sessions with staff and students of CASIS; and produced his most recent groundbreaking work, On Justice and the Nature of Man.

I wish to congratulate Professor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud who, I have been informed, wasted no time in fulfilling the trust as the Holder of the Distinguished Syed Muhammad Naquib al-Attas Chair, through his many initiatives.

I also wish to congratulate the existing team of RZS-CASIS under the helm of Associate Professor Dr. Khalif Muammar, as well as other academics such as Professor Dr. Muhammad Zainiy Uthman, Professor Dr. Tatiana Denisova, Associate Professor Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah, Dr. Mohd Hilmi Ramli, and supported by Puan Rashidah Sarip, Puan Sharifah Fadzlina, Puan Nor Fazreena Mohd Sah, Puan Nurhazirah Jaafar, Cik Sharifah Hajar Almahdaly, and En. Mohd. Amir Fahmi Razak.

Ladies and gentlemen,

I would also like to encourage for more institutions in the Muslim world to build bridges with RZS-CASIS so that our efforts would be more coordinated in a rapidly changing and challenging world.

Hamza Yusuf, President of Zaytuna College, has referred to our beloved Professor al-Attas as the reason for Malaysia’s being significant, intellectually, for the global Muslim community. Prof al-Attas’ work has impacted generations of people across different fields, as his focus is on matters of universal concern for contemporary Muslims and for humanity in general. And RZS-CASIS close association with Professor Al-Attas is what makes RZS-CASIS unique in the Muslim world, reminiscent of how the Nizamiyyah University of Baghdad became renown because of the great Imam al-Ghazali.

Finally, of many profound statements by Professor Al-Attas, the following elucidation on the Prophet’s du’a, “My Lord, increase me in knowledge!” (Rabbi zidni ‘ilma) as stated in Sura Taha: 20, is perhaps of critical importance for our universities in the Muslim world:

“This verse underlines the fact that only Allah is Most Glorious and the Absolute Owner of the Truth. Truth reveals itself gradually to its seeker as the verses of the Holy Qur’an were revealed to the Holy Prophet… Therefore be patient! And do not be hasty (in the pursuit of knowledge). It is incumbent upon us, as it was upon the Holy Prophet himself, to obey His Command, to beseech Him to increase our knowledge because our grasp of knowledge is always never perfect. A University should not arrogate to itself the claim to be a source of knowledge for only God Most High is the True Source of all Knowledge; since everything is present in Him; those who are striving to attain to moral excellence should realize that they are ignorant and should therefore humble themselves.”

May Allah subḥānahu wataʿālā preserve and elevate Tan Sri Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas, all our scholars, and leaders. May we always be guided with right knowledge and right action so as to be worthy recipients of His Light and Blessings. Amin.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


TITAH DIRAJA
OLEH
CANSELOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM),
DULI YANG MAHA MULIA RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH

SEMPENA ULANG TAHUN KE-10 RZS-CASIS

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين،
وعلى آله وصحبه أجمعين.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismi’Llāh al-Raḥmān al-Raḥīm,
Al-ḥamduli’Llāh Rabbi’l-‘alāmīn wa’s-salātu wa’s-salām
‘alā Sayyidina Muḥammad ashrafi’l-anbiya’ wa’l-murṣalīn wa‘alā’alihi wa ṣaḥbihi ajma’īn
Assalāmu‘alaikum waraḥmatu’Llāh wa barakātuh.

Hadirin sekalian,
Alhamdulillah, pada bulan Februari ini Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS) telah genap 10 tahun sejak penubuhannya.

Dalam majlis penuh bermakna ini, Beta ingin menzahirkan sokongan dan penghargaan Beta terhadap usaha yang unik, berterusan, dan penuh berhikmah RZS-CASIS dalam mempertahan, memperjelaskan dan meneruskan tradisi keilmuan Islam.

Dalam mencapai tujuan murni ini, Beta berasa gembira melihat RZS-CASIS semakin berkembang kukuh kekuatannya dalam melaksanakan misinya: setakat ini, institusi ini telah melahirkan seramai 36 orang graduan sarjana dan 7 doktor falsafah, menghasilkan sejumlah 12 penerbitan, dan menyempurnakan dengan jayanya majlis-majlis penuh bermakna seperti Simposium Antarabangsa Perdana tentang Syed Muhammad Naquib al-Attas pada tahun 2020.

Sesungguhnya, sepanjang penubuhan RZS-CASIS ini, persetujuan Profesor al-Attas untuk dilantik sebagai Profesor Ulung Pelawat di CASIS adalah satu penghormatan yang besar buat kita semua. Sepanjang keberadaan beliau di sini, beliau telah meneruskan Siri Sharahan Malam Sabtu beliau yang masyhur; meluangkan banyak masa dalam sesi pertemuan dengan warga kerja dan pelajar CASIS; serta menghasilkan karyanya yang terbaharu, On Justice and the Nature of Man.

Beta juga ingin mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud yang, seperti dimaklumkan kepada Beta, telah segera melaksanakan amanah sebagai Pemegang Kursi Kehormat Syed Muhammad Naquib al-Attas, melalui inisiatif-inisiatif beliau yang unik.

Beta juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan RZS-CASIS di bawah kepimpinan Profesor Madya Dr. Khalif Muammar, termasuklah ahli-ahli akademik yang lain terutamanya Profesor Dr. Muhammad Zainiy Uthman, Profesor Dr. Tatiana Denisova, Profesor Madya Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah, Dr. Mohd Hilmi Ramli, dan disokong oleh Puan Rashidah Sarip, Puan Sharifah Fadzlina, Puan Nor Fazreena Mohd Sah, Puan Nurhazirah Jaafar, Cik Sharifah Hajar Almahdaly, dan En. Mohd. Amir Fahmi Razak.

Hadirin sekalian,

Kita sedang hidup pada zaman yang amat mencabar. Ramai yang sedang menghadapi pelbagai ujian yang berat dalam kehidupan masing-masing. Namun begitu, kita tidak harus melihat usaha-usaha institusi seperti RZS-CASIS sebagai terasing daripada keadaan dunia semasa.

Hamza Yusuf, Presiden Zaytuna College, pernah menyatakan pengiktirafan terhadap Profesor al-Attas sebagai tokoh yang meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai pusat ilmiah masyarakat Islam sedunia. Karya Prof al-Attas telah meninggalkan kesan kepada segenap generasi serta merentasi bidang-bidang yang pelbagai, oleh sebab tumpuan yang diberikan adalah kepada perkara-perkara asas yang menjadi perhatian sejagat umat Islam masa kini dan manusia umumnya. Keakraban RZS-CASIS dengan Profesor Al-Attas menjadikan RZS-CASIS satu institusi yang unik di dunia Islam, tidak ubah seperti Universiti Nizamiyyah di Baghdad yang menjadi terkemuka disebabkan ketokohan Imam al-Ghazali yang hebat.

Akhir sekali, Beta ingin mengambil kesempatan ini untuk memetik penjelasan Profesor Al-Attas berkenaan dengan doa Rasulu’Llah ṣalla-‘Llahu ‘alayhi wasallam, “Tuhanku, tambahkanlah ilmuku!” (Rabbi zidni ‘ilma) sebagaimana dalam Surah Taha: 20, yang barangkali teramat penting untuk diinsafi oleh universiti-universiti kita dalam dunia Islam:

“Ayat ini menegaskan bahawa hanya Allah Yang Maha Agung dan Pemilik Mutlak Kebenaran. Kebenaran itu hadir secara berperingkat kepada pencarinya sebagaimana ayat-ayat al-Qur’anu’l-Karim diturunkan kepada Rasulu’Llah [ṣalla-‘Llahu ‘alayhi wasallam] secara berperingkat… Oleh itu, bersabarlah! Dan jangan terburu-buru (dalam menuntut ilmu). Wajib ke atas kita, sebagaimana ke atas Rasulu’Llah sendiri, untuk mentaati Perintah-Nya, untuk memohon bersungguh-sungguh kepada-Nya supaya menambahkan ilmu kita kerana kefahaman kita terhadap ilmu tiada pernah sempurna. Sebuah Universiti tidak sepatutnya mendakwa ianya suatu sumber ilmu kerana hanya Allah Ta‘ala Sebenar-benarnya Sumber Segala Ilmu Pengetahuan; oleh kerana segala sesuatu itu hadir pada-Nya; sewajarnya mereka yang berusaha gigih bagi mencapai kesempurnaan akhlak menyedari bahawa mereka sebenarnya jahil dan sewajarnya bersikap merendah diri.”

Semoga Allah Subḥānahu wataʿālā memelihara dan mengangkat darjat Tan Sri Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas, kesemua para ilmuwan dan pemimpin kita. Semoga kita sentiasa dibimbing dengan ilmu dan tindakan yang benar agar layak menerima Cahaya dan Keberkatan-Nya. Amin.

وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته