KUALA LUMPUR, 10 Disember – Buku LATA ‘IF AL-ASRAR LI – AHL ALLAH AL-ATYAR’ karya Prof. Dr. Muhammad Zainiy bin Usman, Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Pro-Canselor UTM, YBhg. Tan Sri Dr. Salleh Mohd Noor dan penulis buku, Prof. Dr. Zainiy yang mewakili UTM telah mengadap dan mempersembahkan naskhah tersebut kepada Tuanku Mizan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

Naskhah setebal 884 muka surat berkaitan karya agung ulama besar di Alam Melayu tentang Islam di Terengganu terbitan Penerbit UTM Press. Ia dipersembahkan kepada Baginda sebagai cendera kenangan daripada warga UTM sempena penyempurnaan pemerintahan Tuanku Mizan selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-13 pada 12 Disember ini. Daulat Tuanku.

Sila klik di sini untuk paparan album.

Artikle asal boleh didapati di sini