WELCOME

Office of the Legal Advisor provides legal advice to the Faculties, Departments and subsidiary companies. We work closely with members of the University to develop and review University regulations, policies and procedures. We also raise awareness of legal issues relevant to the University.

ADUAN INTEGRITI

WARGA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semua warga Universiti Teknologi Malaysia adalah diseru untuk ditampil membuat aduan berkaitan sebarang salah laku dalam usaha menggalakkan pembudayaan kerja integriti di Universiti Teknologi Malaysia.

Antara skop kesalahan yang boleh ke Seksyen Integriti, Tatatertib dan Surcaj adalah seperti berikut:

a. Salah guna kuasa dan penyelewengan;

b. Memberi/menerima/meminta/menawar rasuah;

c. Perlanggaran undang-undang, peraturan, dan etika standard seperti berikut;

  • Tidak hadir bekerja/tidak patuh kepada waktu bekerja penjawat awam
  • Gangguan seksual/berkhalwat/berkelakuan sumbang
  • Tidak mengisytiharkan harta/mengemaskini pemilikan atau pelupusan harta baru
  • Penyalahgunaan/ketagihan najis dadah
  • Melakukan pekerjaan luar tanpa kebenaran Ketua Jabatan
  • Keluar negara tanpa kebenaran Ketua Jabatan
  • Mengugut pekerja bawahan untuk melakukan tugas yang bertentangan dengan etika kerja

d. Pengurusan Kewangan yang tidak cekap yang menyebabkan pembaziran sumber kewangan kerajaan atau

e. Tidak jujur/tidak amanah/tidak bertanggungjawab seperti berikut;

  • Membuat tuntutan palsu
  • Mengemukakan sijil cuti palsu
  • Pembocoran/menyalahgunaan rahsia kerajaan/maklumat terperingkat
  • Penyelewengan harta kerajaan bagi tujuan peribadi

Identiti pemberi maklumat yang membuat aduan tersebut adalah dirahsiakan dan dilindungi di bawak Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan juga di bawak Seksyen 65 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

 

LAPORKAN

Warga UTM yang ingin membuat aduan ke atas mana-mana pegawai di Universiti Teknologi Malaysia yang melakukan kesalahan seperti di atas atau sebarang kesalahan di sisi undang-undang boleh melaporkan perkara tersebut kepada Seksyen Integriti, Tatatertib dan Surcaj melalui medium seperti berikut;

 

EMEL

integriti@utm.my

HUBUNGI

07-5530300

i

SURAT ADUAN

Seksyen Integriti, Tatatertib dan Surcaj,

Pejabat Penasihat Undang-Undang,

Aras 3, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim,

UTM Johor Bahru.

w

MEMBERI KETERANGAN

Hadir ke Seksyen Integriti, Tatatertib dan Surcaj, berjumpa dengan pegawai aduan