Kisah Pengajaran Pada Panusia yang Menghina Rasulullah S.A.W

 AWAS buat manusia yang sewenang2nya menghina Rasulullah!!

 

Ka’ab bin al Asyraf dibunuh kerana menghina nabi

Setelah selesai Perang Badar Nabi Muhamad saw menghantar utusan ke Madinah bagi memaklumkan berita gembira itu kepada penduduk Madinah. Ka’ab bin al Asyraf seorang penyair Yahudi dengan sombongnya berkata :

“Benarkah Muhamad berjaya mengalahkan mereka seperti yang disampaikan oleh dua utusan ini?. Padahal mereka (orang Quraisy Mekah) orang-orang Arab yang termulia dan raja manusia. Demi Tuhan, jika Muhamad berjaya mengalahkan mereka maka perut bumi lebih baik daripada permukaannya.”

Tidak cukup dengan itu Ka’ab yang pandai berpuisi mencipta puisi menghina Nabi Muhamad saw .

“Siapakah yang sanggup bertindak terhadap Ka’ab bin al Asyraf bagi mewakili aku?” Tanya Nabi Muhamad saw.
 
“Wahai Rasulullah, saya sanggup membunuhnya,” kata Muhamad bin Maslamah.
 
“Sila lakukan jika engkau sanggup melakukannya,” kata nabi.

       Muhamad bin Maslamah dan kawan-kawannya menggunakan tipu helah bagi memperdayakan Ka’ab kerana penyair Yahudi itu dikatakan kuat gagah serta mempunyai ilmu sihir. Muhamad bin Salamah dan Silkan bin Salamah pura-pura dalam kelaparan datang untuk meminta makanan.

“Mahukah kamu menyerahkan anak gadis atau isteri kamu?”  tanya Ka’ab dengan angkuhnya.

Muhamad bin Maslamah dan kawannya Silkan bin Salamah mengajak Ka’ab keluar dari rumahnya. Sambil berjalan Silkan berkata:

“Alangkah wanginya rambut kamu wahai Ka’ab, boleh aku menciumnya?”
 

Ka’ab membenarkan Silkan mencium rambutnya. Kemudian Silkan meminta izin untuk mencium rambut Ka’ab kali kedua.

“Awak boleh cium rambutku sepuasnya…” kata Ka’ab dengan bangga.

Maka Silkan memegang kepala Ka’ab dengan tangan kiri manakala tangan kanannya menghunus pisau lalu dikelarnya leher Ka’ab…

(Petikan dari Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam Jilid 2)