Apakah antara kelebihan atau nikmat orang yang melakukan ibadah puasa?
Setiap ibadat khusus terutama yang diwajibkan ke atas umat Islam mempunyai rahsia dan keistimewaannya yang tersendiri. Tidak terkecuali dengan ibadat puasa di mana bagi kita yang berpuasa sudah pasti dapat merasai 5 rahsia daripada kenikmatan semasa menunaikannya iaitu :
1. Menguatkan jiwa di mana orang yang berpuasa sentiasa melatih diri dalam menguasai hawa nafsu sehingga jiwanya semakin teguh bukannya menjadi hamba kepada nafsu
2. Mendidik keinginan orang berpuasa ke arah melakukan sesuatu yang baik dan positif dengan menjauhi segala yang buruk dan negatif sehingga melahirkan umat yang bertaqwa
3. Memberi kesihatan kepada tubuh badan dengan mengawal pemakanan sehingga penghadam dapat berfungsi dengan baik
4. Mengenal nikmat kenikmatan serta melahirkan hamba yang bersyukur atas nikmat yang dianugerahkan oleh Allah sehingga redha dengan apa yang ada dan tidak tamak terhadap apa yang bukan menjadi miliknya
5. Mengingati dan turut merasai penderitaan orang lain yang lebih susah kehidupan mereka.