WAHYU

Perkataan “Wahyu” adalah berasal dari kata dalam bahasa Arabyang berasal daripada perkataan “awha” bermaksud; inspirasi daripada orang lain atau arahan seseorang. Secara umumnya,Wahyuialah perintah atau kata-kata Allah (Kala’mullah) S.W.T. yang disampaikan kepada para rasul-Nya. Nabi Muhammad sebagai salah seorang rasul (pesuruh) Allah Taala juga menerima wahyu yang disampaikan melalui perantaraanmalaikat Jibril. Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW ialah Surah Al-‘Alaq  ayat 1-5:

 

Cara penurunan Wahyu

Terdapat beberapa cara wahyu diturunkan iaitu:
Seperti dengungan loceng.

  1. Malaikat menyerupai seorang lelaki dan bercakap.
  2. Secara terus daripada Allah.
  3. Mimpi yang benar.

Aisyah meriwayatkan bahawa:

أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ سَأَل رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَيَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ، وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي، وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ، وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُول“. قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَاوَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ، وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا.

Al-Haris bin Hisyam telah bertanya kepada Rasula Llah, dan dia berkata: Ya Rasula Llah, bagaimana wahyu mendatangi kamu?. Maka berkata Rasulu Llah: «Kadangkala ia mendatangi saya seperti dengungan loceng, dan ia adalah yang paling berat ke atas saya, maka ia pun terputus daripada saya, dan saya telah ingat daripadanya apa yang dia katakan. Dan kadangkala satu mala’ikat menyerupakan untuk saya sebagai seorang lelaki, maka dia berkata-kata kepada saya, dan saya ingat apa yang dia katakan». Berkata `A’isyah: Dan sesungguhnya saya telah melihatnya, turun ke atasnya wahyu, pada suatu hari yang sangat sejuk, maka ia pun putus daripadanya

 

Perkataan Wahyu dalam Al-Qur’an

Perkataan Arab wahyu berasal dari Awha,dan bermaksud inspirasi dari orang lain atau arahan seseorang.

Di bawah adalah contoh Awha dalam Quran:

  • Perintah untuk lebah

Dan Tuhan kamu telah mewahyukan (memerintahkan) kepada lebah agar kamu mengambil daripada gunung sebagai rumah, dan daripada pokok dan daripada apa yang mereka bina      (Surah An-Nahl: 68)

  • Perintah kepada bumi

Dan bumi mengeluarkan muatannya. Dan manusia berkata, “Kenapa dengannya?”. Pada hari itu, ia menceritakan perkhabarannya. Bahawa Tuhan kamu telah mewahyukan (memerintahkan) kepadanya.(Surah Az-Zalzalah: 2-5)

  • Perintah kepada langit

Maka Dia telah menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan Dia telah mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. (Surah Fussilat: 12)

  • Perintah kepada Ibu Musa dalam bentuk inspirasi atau ilham dari Allah

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami. (Surah Al-Qasas: 7)

 

  • Perintah secara terus dari Allah

Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman”. Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan kedalam hati orang-orang kafir, (Surah Al-Anfaal: 12)

Terdapat juga perkataan Awha (inspirasi) dalam Quran yang menunjukkan kepada Iblis.Namun,perkataan membisik lebih sesuai bagi menunjukkan inpirasi jahat dari Iblis.

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu setan-setan (dari jenis)manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu(manusia).(Surah Al-An’aam:12)

 

  MALAIKAT MENERIMA WAHYU DARI ALLAH

Sebagaimana yang telah diketahui, wahyu adalah perkataan Allah yang diturunkan melalui perantaraan malaikat kepada para Rasulnya. Sebelum malaikat Jibril A.S. dapat menyampaikan wahyu kepada para Nabi, maka sudah pastinya ia terlebih dahulu menerima wahyu tersebut dari Allah S.W.T. Kemungkinan berlakunya dialog di antara Allah dengan malaikat adalah amat jelas sepertimana firman Allah S.W.T: S.Baqarah: 30

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?”.Tuhanberfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya.”

Terdapat banyak lagi firman Allah yang lain yang menunjukkan adanya dialog di antara Allah dengan malaikat. Adalah tidak mustahil Allah menyampaikan wahyuNya kepada malaikat dengan cara yang tersebut juga.

Cara pertama: Malaikat Jibril a.s menerima wahyu dari Allah dengan penyampaian secara ruhani atau menghafaznya dari Luh Mahfuz. Kemudian dia akan turun menemui Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan wahyu tersebut.

Cara kedua: Malaikat hafazah menurunkan Al-Quran kepada malaikat Jibril a.s selama 20 malam (setengah riwayat 20 kali turun) dan kemudian Jibril menurunkannya kepada Nabi Muhammad S.A.W. selama 20 tahun.

 

Cara ketiga: Malaikat Jibril a.s mengambil Al-Quran dari Allah S.W.T secara pendengaran dan kemudian menyampaikannya kepada Nabi Muhammad S.A.W apa yang didengar dan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T tanpa sedikit perubahan.

Mengenai cara Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Nawas bin Sam’an r.a:

Yang bermaksud: “Apabila Allah mahu mewahyukan sesuatu urusan berfirmanlah dengan wahyu, lalu bergemuruh keadaan langit kerana bersangatan takut kepada Allah. Apabila mendengar keadaan itu lalu sujud dan tunduklah segala yang dilangit kepada Allah. Makhluk pertama yang mengangkat kepala ialah Malaikat Jibril lalu Allah mewahyukan apa yang dikehendakiNya. Kemudian berjalanlah Jibril di hadapan para malaikat, lalu ketika itu bertanyalah mereka : Apakah yang telah diperkatakan oleh Allah wahai Jibril? Maka sahut Jibril: 

Allah berfirman:“ Yang Hak (Al-Quran)Dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar”. Maka berkatalah mereka seperti yang diperkatakan oleh Jibril. Maka berhentilah Jibril a.s. dengan wahyu itu bila telah memenuhi apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

RASUL MENERIMA WAHYU DARI ALLAH

Saidatina Aisyah r.a berkata: Wahyu Pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w bermula dengan mimpi yang baik di dalam tidurnya, baginda melihat (sesuatu) di dalam mimpinya seperti cahaya fajar sebelum terbit matahari dan setelah itu baginda suka mengasingkan diri. Baginda mengasingkan diri dan beribadat di Gua Hira’ selama beberapa malam sebelum pulang kepada keluarganya untuk mengambil bekalan. Apabila bekalan habis, baginda pulang menemui Khadijah untuk mengambilnya lagi, sehinggalah malaikat datang ketika baginda berada di Gua Hira’ tersebut lalu berkata: Bacalah. Baginda menjawab: Aku tidak tahu membaca? Kata baginda lagi: Malaikat memelukku sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak tahu membaca? Malaikat memelukku buat kali yang kedua sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak tahu membaca? Dia memelukku buat kali yang ketiga kemudian melepaskanku lalu berkata:

 

Yang bermaksud: (Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pen dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya).

Rasulullah s.a.w pulang dengan hati yang gementar, lalu terus masuk menemui Khadijah binti Khuwailid (isteri baginda) dengan berkata: Selimutkan aku, selimutkan aku. Khadijah terus menyelimutinya sehingga hilang perasaan gementar. Baginda menceritakan kepada Khadijah peristiwa yang berlaku dengan katanya: Sesungguhnya aku merasa takut terhadap apa yang menimpa diriku. Khadijah berkata: Tidak sama sekali. Demi Allah! Sesungguhnya Allah tidak akan menyusahkanmu selama-lamanya, kerana kamu telah menghubungkan silaturahim, menolong orang ramai, memberi belanja kepada orang yang harta, memuliakan tetamu dan menyebelahi orang yang benar. Setelah itu Khadijah membawa Rasulullah s.a.w menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah yang beragama Nasrani pada masa jahiliah. Beliau menulis kitab ke dalam bahasa Ibrani dan telah menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasa Ibrani. Beliau seorang yang telah tua lagi buta. Khadijah berkata kepadanya: Wahai sepupuku! Dengarlah apa yang akan diperkatakan oleh anak saudara kamu ini (Rasulullah). Lalu Waraqah berkata kepada baginda: Wahai anak saudaraku! Apakah yang telah kamu lihat. Rasulullah s.a.w menceritakan peristiwa yang telah berlaku ke atas diri baginda. Waraqah berkata kepada baginda: Itulah Malaikat yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa, mudah-mudahan aku masih hidup ketika kamu berada dalam keadaan sedih kerana dihalau oleh kaum kamu. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Apakah mereka akan menghalau aku? Beliau menjawab: Ya. Setiap lelaki yang didatangkannya (Wahyu) akan dimusuhi, sekiranya aku mampu untuk menolong kamu pada hari itu nescaya aku akan menolong kamu secara bersungguh-sungguh, tetapi Waraqah bin Naufal tidak sempat bersama kerana beliau meninggal dunia ketika Wahyu diberhentikan buat sementara waktu.