1. Penerangan Makhraj Asas – Setiap huruf Al-Quran diterangkan secara mudah akan makhrajnya berpandukan kepada Baris Atas bagi setiap huruf dan disertakan juga dengan bunyi. Juga anda boleh mendengarkan kepada nasyid nama-nama Allah s.w.t. untuk merujuk kepada bunyi asas yang tertentu sepertimana dinyatakan dalam penerangan tersebut. Terdapat juga ilustrasi penulisan Rumi sebagai rujukan. Gabungan kesemua itu menyebabkan ianya sungguh mudah bagi anda yang baru / ingin merujuk untuk mengikuti kaedah sebegini.
2. Penerangan Hukum Tajwid– Setiap Hukum Tajwid diterangkan dengan jelas dan diwarnakan untuk menambahkan lagi kejelasannya. Audio cara membunyikan dengan betul juga disertakan semasa sessi penerangan ini. Soalan-Jawapan bagaimanakah Hukum Tajwid tersebut terjadi dapat memberikan pengukuhan kepada daya ingatan akan Hukum Tajwid tersebut. Penulisan secara rumi dan penerangan cara membunyikan Hukum Tajwid tersebut juga disertakam bagi memudahkan lagi untuk anda memahami dan mengikuti kaedah bunyi tersebut.
3. Latihan Pengukuhan Berperingkat – seumpama latihan membaca Muqoddam, Iqra’, Qiraati serta yang lain seumpamanya. Tidak dinafikan latihanlah yang sangat penting untuk membolehkan kita perasan dan kenal dengan tanpa ragu sesuatu Hukum Tajwid di dalam Al-Quran dan mampu membacanya mengikut apa yang dikehendaki oleh Hukum Tajwid tersebut. Disamping meningkatkan kelancaran secara berdikit-dikit. Kekukuhan dan kelembutan bacaan adalah sangat bergantung kepada latihan.