1-Isteri yang baik akan menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman yang menyejukkan hati.
2-Jika suami sedang menghadapi masalah, maka ia tidak akan melakukan sesuatu yang akan menambahkan lagi masalahnya. Sebaliknya ia segera menyambut dan melayani segala keperluan suaminya.
3-Kepulangan suaminya, sekalipun keadaan suaminya agak berlainan dari biasa, tidak pada tempa
tnya si isteri menyoal ini dan itu dengan bertubi-tubi. Bersabarlah dan bertenanglah!
4-Apabila keadaan suami sudah tenang dan sudah memakai pakaian rumah, biasanya ia akan menjelaskan apa yang sedang berlaku dan difikirkannya.
5-Jika si suami belum menjelaskannya, ketika itu si isteri boleh bertanya dengan cara yang paling menyenangkan, bukan dengan cara mendesak.
6-Sekiranya si isteri boleh membantu, segeralah bantu untuk mengurangkan masalah yang menyusahkan hati suaminya.
7-Hal itu mungkin dapat meringankan sedikit beban suami.
8-Ketika itu si suami mungkin akan lebih menyedari bahawa di rumahnya terdapat sebuah permata yang sangat bernilai, lebih tinggi nilainya dari mana-mana permata.
* Sumber: Dr. Aidh Abdullah al-Qarni