Untuk renungan bersama …

1.Mendidik dengan keteladanan, dalam erti kata lain, ibu bapa harus memberikan teladan atau contoh yang baik kepada anak-anaknya, ini bererti, kalau ibu bapa ingin anaknya menjadi soleh, ibu bapanyalah yang harus lebih dulu soleh.”

[Dr. Abdullah Nashih Ulwan dalam bukunya Tarbiyatul Aulad Fil Islam]

 

2..”Setiap orang yang berumahtangga, pasti menginginkan anak, dan setiap ibu bapa yang muslim, pasti ingin agar anaknya menjadi anak yang soleh. Kerana itu setiap pagi, siang, petang dan malam kita selalu berdo’a agar Allah menganugerahi keturunan yang soleh. Namun dalam konsepsi Islam, anak yang soleh itu bukan sekadar menjadi harapan dan meraihnya hanya dengan do’a. Tapi Rasulullah pernah menegaskan:

‘Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka’ [HR Ibnu Majah]”

 

3..Ramai di antara kita inginkan zuriat soleh solehah tetapi muhasabah diri kembali, soleh solehah kah kita untuk layak mendapat yang sedemikian.?

Allahurabbi.. Jadikan lah kami pemimpin yang baik kepada para pejuang agama 🙂

 

4. Sesungguhnya orang-orang yang BERTAQWA adalah ditempatkan di dalam beberapa taman SYURGA, dengan matair-matair terpancar padanya.

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

Mereka sentiasa mengambil SEDIKIT sahaja: masa dari waktu MALAM, untuk mereka TIDUR. Dan pada waktu akhir malam pula, mereka selalu BERISTIGHFAR kepada Allah.

 

5. Sayidina Umar bin Abdul Aziz apabila disibukkan oleh urusan kaum muslimin, beliau mengambil mushaf dan membacanya walaupun hanya dua atau tiga ayat.

Beliau berkata, “Agar saya tidak termasuk mereka yang menjadikan Al-Qur’an sebagai sesuatu yang ditinggalkan.”

 

6. “Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak).” [HR al-Tarmizi]

 

7. “Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu.” [HR Bukhari, Muslim]

 

8. Tempatkan pujian kepada manusia.? Kita mungkin riak. Tempatkan pujian kepada ALLAH, DIA lebih berhak. 🙂

 

9. Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seorang lelaki.”

 

10.”Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat adalah SOLATnya.” [HR Daud, al-Tirmizi]

11.Hanya dengan satu senyuman kita mampu membina ukhuwwah. Tak percaya.? Cubalah 🙂

 

12.”Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. kebaikan dalam agama kamu ialah warak.” [HR al-Hakim]

 

13.”Jika seseorang itu berilmu, maka dengan sendirinya dia akan melakukan ibadat.”

-Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang dipraktikkan-

 

13. Pagi yang indah. Alhamdulillah masih diberi hayat untuk bernafas. Tetapi rugilah jika peluang ini disia-siakan. Tingkatkan ibadat, banyakkan bertaubat 🙂

 

14.“kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”