PENGENALAN ILMU QIRAAT

              Qiraat adalah salah satu ilmu daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran. Ilmu qiraat mengajar bagaimana cara untuk menyebut ayat-ayat Al-Quran mengikut riwayat-riwayat selain daripada riwayat imam Hafs A’n Aa’sim, riwayat ini adalah riwayat yang kita amalkan setiap hari. Daripada ilmu qiraat juga kita akan dapat mempelbagaikan jenis-jenis bacaan, tidak hanya terikat dengan riwayat Hafs A’n Aa’sim sahaja. Ilmu qiraat merupakan ilmu yang harus diketahui oleh semua manusia yang mengucap dua kalimah Syahadah dan mengaku tubuh badan dan darah dagingnya beragama Islam.

1.       Qiraat  :

– Iaitu bacaan yang disandarkan bacaan kepada salah seorang daripada imam-imam al-qurra’ yang mana bersambung ( sanad ) bacaan mereka kepada Nabi Muhammad S.A.W.

 2.        Imam:

– Iaitu orang yang disandarkan bacaan kepadanya serta menjadi ikutan umat khususnya bagi mereka yang sezaman dengannya.

3.       Riwayat:

– Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.

4.       Rawi:

– Iaitu orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra’.

5.       Toriq:

– Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi, demikian juga orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi tersebut dinamakan sebagai toriq. Penggunaan istilah toriq tidak dihususkan bagi mereka dan bacaan mereka sahaja, bahkan ia juga digunakan bagi bacaan dan generasi sesudah mereka hingga ke bawah.

BACAAN SEPULUH YANG MUTAWATIR

Bacaan sepuluh yang mutawatir iaitu bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-qurra’ serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Bacaan sepuluh yang mutawatir ina terbahagi kepada dua kategori :

1) Al-Qiraat al-Asyr al-Kubra

– Iaitu bacaan-bacaan sepuluh besar. Bacaan sepuluh besar adalah bacaan yang disandarkan kepad   sepuluh imam yang al-qurra’ yang terkenal iaitu :

I. Imam Nafi’
II. Imam Ibnu Kathir
III. Imam Ibnu ‘Aamir
IV. Imam ‘Aashim
V. Imam Hamzah
VI. Imam Al-Kisaie
VII. Imam Abu Ja’far
VIII. Imam Ya’kub
IX. Imam Khalaf Al-‘Aasyir

Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam Ibnu al-Jazari dalam matannya (syair ) yang disebut matan al-Jazariah

2) Al-qiraat al-‘Asyr al-Shughra)

–           iaitu bacaan-bacaan sepuluh kecil. Bacaan-bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-Qurra’ yang sama tetapi gabungan dua sumber iaitu :

I.            Al-qiraat al-Sab’ iaitu bacaan-bacaan tuuh yang disandarkan kepada tujuh imam al-Qurra’ iaitu imam Nafi’, imam ‘Aasim, imam Ibnu Kathir, imam Abu ‘Amru, imam Ibnu ‘Aamir, imam Hamzah dan al-Kisaie. Bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Syatibi dalam matannya ( syair )yang di sebut matan al-Syatibi .

 

II.            Al-qiraat al-Thalath iaitu bacaan-bacaan tiga ( melengkapkan bacaan tujuh ) yang disandarkan kapada tiga imam al-Qurra’ iaitu imam Abu Ja’far, imam Ya’kub dan imam Khalaf al-‘Aasyir. Bacaan –bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Jazari dalam matannya ( syair ) yang disebut matan al-Durrah .