TAFSIR SURAH AL-FATIHAH (Bahagian I)

PENGENALAN

 

NAMA LAIN SURAH AL-FATIHAH

1) As-Solah (Solat)

   – Allah Taala berfirman dalam hadis Qudsi ” Aku membahagi solat di antara Aku dan hambaku-Ku menjadi dua bahagian…”

– Yang dimaksudkan dengan solat itu adalah al-Fatihah

2) Al-Hamd (Pujian)

– Kerana di dalam surah ini disebutkan al-Hamd (pujian), sebagaimana dikatakan surah al-A’raf, al-Anfaal, at-Taubah dan yang lainnya

3) Fatihatul Kitab (pembuka al-Kitab)

– Nama ini tiada perselisihan pendapat di kalangan para Ulama’.

– Surah ini dinamakan Fatihatul Kitab kerana bacaan lafaz al-Quran diawali dengan surah ini, tulisan mushaf diawali dengan surah ini, dan solatpun diawali dengan surah ini.

4) Ummul Kitab (Induk segala kitab)

– Walaupun ada perselisihan pendapat di kalangan ulama’ seperti Anas, Hasan dan Ibnu Sirin , namun ianya di bolehkan oleh jumhur.

– Anas dan Ibnu Sirin berkata, “Ummul Kitab adalah nama al-Lauh al-Mahfuz. Allah Taala berfirman yang bermaksud : “Dan sesungguhnya al-Qur’an itu dalam induk al-Kitab (al-lauh al-Mahfuz)” – Az-Zhukhruf (43):4

5) Ummul Quran ( Induk al-Quran)

– Menurut satu pendapat, surah ini dinamakan Ummul Qur’an kerana ia adalah awal al-Quran, dan mencakupi semua hukum-hukum yang terkandung dalam al-Quran. Kerana itu jugalah mekah dikenali sebagai Ummul Qura’ kerana ia adalah awal bahagian bumi dan dari sanalah bumi dibentangkan.

6) Al- Mathani (yang diulang-ulang)

– kerana surah ini dibaca secara berulang kali pada setiap rakaat .

7) Al-Quran al-A’zhim (Al-Quran yang agung)

– Surah ini dinamakan al Quran al-‘Azhim kerana surah ini mencakupi keseluruhan pengetahuan al-Quran.

– Surah ini juga mencakupi sanjungan kepada Allah lengkap dengan sifat-sifat kesempurnaan dan kemuliaanNya, perintah untuk beribadah dan ikhlas kepadaNya, pengakuan atas ketidakmampuan untukmelakukan apapun kecuali dengan pertolonganNya dan permohonan bantuan yang dipanjatkan kepadaNya agar ditunjukkan kepada jalan yang lurus.

8) Asy-Syifa’ (Penawar)

– Ad-Darimi meriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda dengan mksudnya : “Al-Fatihah adalah penawar semua racun”.

9) Ar-Ruqyah 

– Nama ini tercantum dalam hadis Abu Sa’id al Khudri di mana dalam hadith ini dinyatakan bahawa rasulullah s.a.w bersabda kepada seseorang yang sedang mengubati pemimpin suatu kaum : “Siapa yang memberitahukan kepadamu bahawa al-Fatihah itu ruqyah?” Orang itu menjawab, “Ya Rasulullah, itu adalah sesuatu yang aku tanamkan dalam kesedaranku.” Hadis ini diriwayatkan oleh para Imam.

10) Al-Asas (asas)

– Seorang lelaki mengeluh sakit pinggang kepada Asy-Sya’bi. Sya’bi kemudian berkata, “Bacalah olehmu asas al-Quran iaitu Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah). Sebab aku pernah mendengar Ibnu Abbas berkata,”Segala sesuatu itu mempunyai asas, dan asas dunia adalah Mekah, kerana dunia dibentangkan darinya….”

11) Al- Waafiyah (yang lengkap)

– Kerana al-Fatihah itu tidak dapat dibahagi-bahagi atau dipotong-potong. Seandainya seseorang membaca al-Fatihah di satu rakaat, kemudian dia membaca di rakaat maka hal itu tidak dianggap suku. Seandainya surah al-Fatihah dibahagi dua untuk dua rakaat, maka hal itu tidak diperbolehkan.

12) Al- Kafiyah (yang cukup)

– Yahya bin Abi kathir berkata, “Kerana surah al-Fatihah itu dapat mencakupi (maksudnya dapat menggantikan) surah yang lainnya, sedangkan surah yang lainnya tidak dapat mencukupinya.