IMAM AL-QURTHUBI

BIODATA

Nama                            : Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abi bakar bin Farh Al-Ansari Al-Khazraji Al- Andalusi Al-Qurthubi

Tempat lahir               : Cordova, Andalusia (Spanyol)

Kepakaran                   : Tafsir

Tarikh meninggal     : 9 Syawal 671 H

Makam                          : Elmeniya, Timur Sungai Nil.

 

GERAKAN ILMIAH PADA MASA AL-QURTHUBI

Kehidupan Ilmiah di Maghribi (Morocco) dan Andalusia (Spanyol) pada masa al-Muwahidin (514-668 H) berkembang sangat pesat. Masa tersebut merupakan masa yang di dalamnya al-Qurthubi menjalani beberapa fasa dari kehidupannya sebelum berpindah ke Mesir. Di antara faktor yang melajukan gerakan ilmiah pada masa itu adalah :

  1. Muhammad bin Tumart,

–          pendiri Daulah al-Muwahiddin(United State), merupakan salah seorang ulama’ terkemuka pada masanya.Beliau telah menyebarluaskan seruan untuk mencari ilmu pengetahuan dan telah memberikan dorongan kepada rakyatnya untuk memperoleh ilmu pengetahuan.

2.   Banyaknya buku-buku dan karya-karya tulis yang ada di Andalusia.

–          Cordova merupakan sebuah negeri di Andalusia(Spanyol) yang memiliki buku paling banyak serta memiliki penduduk yang paling besar perhatiannya terhadap perbendaharaan buku.  Hal ini telah memberikan dorongan kepada para Ulama’ untuk terus berkarya  dan telah meramaikan bursa ilmu pengetahuan.

Dari sini maka perkembangan ilmu semakin pesat sementara ilmu-ilmu agama seperti fiqh, hadis, tafsir dan ilmu qira’at juga berkembang dengan pesatnya sebagaimana ilmu Bahasa Arab, Nahu, Sejarah, Sastera dan Syair juga berkembang pesat. Begitu juga keadaannya di Mesir setelah al-Qurthubi berpindah ke sana. Perkembangan ilmunya tidak kurang pesatnya seperti di Andalusia.

GURU-GURU BELIAU

1.                  Ibnu Rawwaj

–          Abu Muhammad Abdul Wahhab bin Rawwaj

–          Nama asalnya : Zhafir bin Ali bin futuh Al-Azdi Al-Iskandarani al-Maliki.

–          Ahli Hadis

–          Meninggal pada tahun 648 H

2.                  Ibnu al-Jumaizi

–          Al-Allamah Baha’uddin Abu al-Hassan Ali bin Hibatullah bin Salamah al-Mashri As-Syafie.

–          Salah seorang ahli hadis, fiqh dan ilmu qira’at.

–          Meninggal pada tahun 649 H.

3.                  Abu al-Abbas Ahmad bin Umar bin Ibrahim al-Maliki al-Qurthubi

–          Merupakan penulis kitab al-Mufhim fi Syarah Shahih Muslim.

–          Meninggal pada tahun 656H

4.                  Al-Hassan al-Bakari

–          Al-Hassan bin Muhammad bin Muhammad bin Amaruk at-Taimi an-Naisaburi ad-Dimasyqi, atau biasa  dipanggil dengan nama Abu Ali Shadruddin al-Bakari.

–          Meninggal pada tahun 656 H.

 

KARYA-KARYA BELIAU

            1.  At-Tadzkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah

–          Kitab yang masih terus dicetak hingga sekarang.

2.  At-Tidzkar fi Afdhal Al Adzkar

–          Kitab yang masih terus dicetak hingga sekarang.

3. Al Asna fi Syarh Asma’illah al husna

4.  Syarh At-Taqashshi

5.  Al-I’lam bi Maa fi Din An Nashara Min Al Mafashid wa Al Auham Wa Izhhar Mahasin Din Al-Islam

6. Qam’u Al-Harsh bi Az-Zuhd wa Al Qana’ah

7.  Risalah fi Alqam Al Hadith

8. Kitab Al Aqdhiyyah

9.  Al Mishbah fi Al-Jam’i Baina Al Af’aal wa Ash- Shahhah

10.  Al Muqtabas fi Syarh Muwatha’ Malik bin Anas

11.  Al-Luma’ fi Syarh Al- ‘Isyrinat An-Nabawiyyah