PERATURAN PENGGUNAAN RUANG / PERALATAN

1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Tempahan Ruang/pinjaman Peralatan yang disediakan oleh Pejabat Pusat Islam.

2. Oinjaman Peralatan hanya dibenarkan untuk kegunaan rasmi di kawasan kampus UTM KL sahaja.

3. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh diperlukan.

4. Peralatan hendaklah digunakan dalam tempoh yang ditetapkan sahaja dan dikembalikan segera dalam keadaan baik pada tarikh yang telah ditetapkan.

5. Peminjam tidak dibenarkan memberi/meminjamkan kepada pihak lain sebelum memulangkan semula.

6. Peminjam adalah bertanggungjawab di atas keselamatan peralatan yang dipinjam, termasuk membayar gantirugi atau menggantikan peralatan yang rosak/hilang dengan peralatan yang sama.

7. Memastikan masjid berada dalam keadaan bersih dan suci, serta tidak ada sampah yang ditinggalkan di kawasan masjid.

 

PERATURAN KHAS

8 a. Pihak penyewa/penganjur yang menggunakan ruang masjid hendaklah memastikan semua peraturan syariat seperti menutup aurat dan lain-lain dipatuhi.

8 b. Pihak pengurusan Pusat Islam berhak membatalkan sebarang aktiviti ingkar syariat tanpa notis.

8 c. Pihak penyewa/penganjur tidak berhak membuat apa-apa tuntutan gantirugi terhadap apa-apa yang timbul berkaitan perkara di atas.