UTM anjur kempen dan kajian perilaku kitar semula di kalangan masyarakat


Gambar Garis Masa
UTM menerusi Projek
Pembangunan Komuniti Kitar Semula dengan kerjasama IRDA, Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah(MPJBT),Southern Waste Management(SWM) dan Jawatankuasa penduduk Mutiara Rini telah menganjurkan Program Gerak Tumpu dan Kempen Kitar Semula bertempat di Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor. Program berbentuk khidmat komuniti ini adalah satu usaha menggalakkan budaya kitar semula di kalangan masyarakat di samping berkongsi kepakaran dan pengetahuan selain mengeratkan hubungan antara universiti dan komuniti setempat. Sekumpulan penyelidik UTM turut menjadikan program ini sebagai kajian dengan pengagihan sebanyak 300 tong kitar semula dan 3 cycle survey bagi mengkaji perilaku kitar semula komuniti.
Tahniah atas inisiatif bermanfaat ini! — di <a href="http://www.facebook.com/pages/Mutiara-Rini/131998166855502?ref=stream&amp;viewer_id=0" data-ft="{&quot;tn&quot;:&quot;P&quot;}" data-hovercard="/ajax/hovercard/page.php?id=131998166855502&amp;extragetparams=%7B%22directed_target_id%22%3Anull%2C%22viewer_id%22%3A0%7D">Mutiara Rini</a>.

UTM Open Day