Universiti telah melancarkan Kempen Sumbangan Endowmen Ramadhan dan Syawal untuk mengumpul dana daripada sumbangan seluruh warga universiti meliputi staf, mahasiswa, Alumni UTM, individu dan syarikat korporat bagi meningkatkan tabung endowmen sempena bulan Ramadhan dan Syawal 1434 hijrah bermula dari 10 Julai sehingga 31 Ogos 2013 akan datang.
Terdapat beberapa kaedah untuk membuat sumbangan ke Tabung Endowmen UTM:
1.Potongan Gaji – Saudara/saudari hanya perlu e-mail no pekerja, jumlah potongan sebulan, bulan potongan bermula ke asyika@utm.my
2.Cash/Cek (atas nama:Bendahari Universiti Teknologi Malaysia)- Boleh dibuat di Kaunter Bayaran, Pejabat Bendahari.
3.Interbank Transfer- Kreditkan ke akaun CIMB UTM (CIMB 0118 000 000 1051) dan email slip pindahan ke asyika@utm.my
4.Kad kredit – boleh dibuat di e-Commerce.utm.my
Sumbangan dari saudara/saudari amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tabung endowmen, sila layari : http://giving.utm.my/