Ubaidullah bin Syumaith berkata, aku pernah mendengar ayahku (Syumaithbin Ajlan, seorang Tabi'in) berkata:
"Wahai orang yang tertipu dengan kesihatan yang panjang, tidakkah kamu melihat orang yang mati tanpa sakit sama sekali?

Wahai orang yang tertipu dengan keseronokan, tidakkah kamu melihat orang yang diambil nyawanya tanpa persiapan?

Apakah kamu tertipu dengan kesihatan? Ataukah kamu bangga dengan kekuatan? Ataukah kamu merasa aman dari kematian? Ataukah kamu sudah berani menghadapi malaikat maut?

Semoga Allah merahmati hamba yang beramal untuk saat kematian, semoga Allah merahmati hamba yang beramal untuk kehidupan setelah mati, semoga Allah merahmati hamba yang memerhatikan dirinya sebelum datangnya kematian."

(Sifatush Shafwah Ibnul Jawziy)