Sudahkah kita ucapkan alhamdulillah krn kita bangun dari tidur dalam keadaan bernyawa sedangkan ada insan lain yang nyawanya telah diambil izrail. Syukurkah kita kerana hari ini kita dikurniakan kesihatan yang baik dapat melangkah ke tempat kerja mencari rezeki buat keluarga juga menuntut ilmu bekalan dunia akhirat. mungkin diluar sana rakan-rakan kita diuji dengan kesihatan yang kurang baik, diserang pelbagai penyakit yang tak pernah diduga kehadirannya. Alhamdulillah, kalimah mulia yang mesti kita ucapkan dan lakukan segala yang diperintahkan kepada kita tanpa rasa jemu dan tinggalkan segala larangan tanpa banyak persoalan. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur.