STAF UTM KEMBALI KE RAHMATULLAH.
Dimaklumkan bahawa Pn. Kamariah Bt Hj. Ab Shukor, Setiausaha Pejabat di Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT) UTM telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi (lebih kurang jam 11 pagi) Isnin, 31 Disember 2012. Jenazah akan disempurnakan dan disolatkan di Masjid Sultan Ismail UTM. Jenazah dijangka akan tiba di UTM selepas Zohor. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.