Sinopsis Khutbah Hari Ini 2 Syawal 1434:

"Terdapat banyak kisah lain yang kita tahu berkisar tentang keimanan seorang ibu, seorang isteri, serta seorang wanita, dan banyak lagi kisah yang hanya Allah mengetahui bilangannya.

Bilamana halaqah dikendalikan, hadirin wanita melebihi lelaki. Di Universiti, majoriti penuntut adalah di kalangan wanita. Hadirilah perhimpunan guru-guru Islam/sekolah Islam atau ceramah dan anda dapat melihat ketidakseimbangan antara hadirin wanita dan lelaki.

Kadangkala, adalah amat menyedihkan apabila melihat lelaki kurang motivasi sepertimana yang ditonjolkan oleh wanita.

Namun begitu, jika terdapat satu petanda yang baik dalam semua ini, In sha Allah, wanita-wanita inilah yang akan melahirkan pasukan tentera lelaki dan wanita yang beriman untuk generasi akan datang. Allaahu Akbar!"

UTM Open Day