sesungguhnya tiada pekerjaan yang lebih utama bagi seorang wanita selain daripada mendidik generasi. Tugas tersebut tidak mampu disaingi oleh sesiapapun. lantaran itu, Allah SWT telah memperlengkapkan wanita dengan persiapan fizikal dan spiritual bagi menggalas tugas utama tersebut. Generasi kecil yang dibentuk oleh wanita bergelar ibu itu merupakan tunggak negara pada masa akan datang. Betapa pentingnya tugas seorang wanita kerana mereka lahirlah pemimpin, pejuang dan insan -insan yang berjaya. namun kegagalan mereka dek kesibukan dunia menyebabkan negara semakin tandus pelapis berwibawa.
(sedutan dari fatawa muasarah/ fatwa masa kini Dr. Yusof al-Qardhawi)