Semua mahasiswa UTM adalah dijemput untuk menjadi Sukarelawan World Islamic Economy Forum (WIEF'2012) anjuran WIEF dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Johor pada 4-6 Disember 2012 di Pusat Konvensyen PERSADA Johor. Berminat? boleh hantar permohonan ke Pejabat HEMA UTM atau email kepada dahari@utm.my (Tel: 07-5530347) atau mfarid@utm.my (Tel: 07-5530214). Tempat adalah terhad kepada 200 orang.

Faedah menjadi Sukarelawan WIEF adalah:
1) Insentif elaun harian
2) Berpeluang untuk mengiringi para delegasi daripada dalam dan luar negara
3) Berpeluang meningkatkan kemahiran komunikasi
4) Meluaskan networking rakan-rakan dan juga rangkaian dengan industri
5) Mendapatkan sijil yang diiktiraf pelbagai agensi daripada WIEF, Kerajaan Johor dan Malaysia dan sebagainya

Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan komitmen anda sebagai mahasiswa UTM menjadi Sukarelawan WIEF akan mendapat manfaat yang bermakna dan sangat berharga.

Maklumat lanjut layari : http://www.8thwief.org/