SALAM JUMAAT
Khutbah Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan 1434h
Tajuk : "MUHASABAH AKHIR RAMADAN"
Khatib : Ustaz Prof Madya Dr Hj Azhar bin Muhammad
Pengarah, Pusat Islam UTM
Masa terlalu pantas berlalu. Sedar tidak sedar kita kini berada di malam-malam akhir ramadan. Apakah yang kita lakukan sepanjang ramadan tahun ini?
Masih ada masa untuk kita mempertingkatkan amalan. Yang paling utama ialah keikhlasan dalam beribdat kepada Allah. Moga Allah menerima segala amalan kita bukan sahaja dalam bulan ramadan, tetapi pada sepanjang hayat kita.
Ramadan Mubarak.
Selamat menunaikan solat Jumaat.
