SALAM JUMAAT
BUAT MUSLIMIN SEKALIAN,
Khutbah hari ini bertajuk "HINDARI GODAAN SYAITAN"
antara inisari khutbah akan membincangkan berkenaan peri penting kita mengenali musuh utama manusia ini dan 7 ruang penyusupan yang dipergunakan syaitan untuk menyesatkan manusia iaitu melalui sifat marah, keinginan nafsu syahwat, sifat gopoh gapah, hasad dengki, bakhil, takabbur dan buruk sangka terhadap kaum muslimin.
