SALAM JUMAAT SEMUA!
Khutbah hari ini bertajuk "UMAT ISLAM UMAT YANG BERSATU PADU"
Khatib : Ustaz Azli bin Abdul Rahman
Intisari khutbah:
Persaudaraan sesama Islam tidak datang dengan mudah tanpa usaha untuk membinanya. Antara perkara-perkara yang boleh merapatkan ukhwah sesama kita :
1. Memberikan salam apabila bertenu.
2. Ringan tulang membantu sesama muslim.
3. Mendoakan saudara seislam yang lain agar sentiasa dalam kebahagiaan dan kerahmatan.
Moga kita dapat membina ukhwah fillah demi kesejahteraan umat sejagat.
