Salam Jumaat..
Kepada muslinin sekalian, jom kita tunaikan tanggungjawab sebagai hamba Nya dengan sama-sama mengimarahkan rumah Allah.
Tajuk Khutbah : CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK
Khatib : Ustaz Azli bin Abdul Rahman
Antara intisari khutbah;
– kewajipan menentukan dan memilih pemimpin.
– Ciri-ciri utama seorang pemimpin yang baik:-
1. Berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di muka bumi ini.
2. Seseorang yang memiliki kekuatan fizikal, spritual dan mental.
3. Seseorang yang memiliki sifat taqwa.
4. Seseorang yang memiliki sifat amanah, adil dan tidak melakukan diskriminasi.
5. Seseorang yang bertanggungjawab dan tidak sombong.
6. Seseorang yang tegas dan berpegang kepada prinsip.
7. Seseorang yang berakhlak, baik budi pekerti dan menjadi teladan yang baik.
8. Seseorang yang menunaikan janji.
Selamat datang awal ke masjid & selamat menambahkan ilmu.
