SALAM JUMAAT 7 REJAB 1434H

Buat semua…

Tajuk Khutbah : GURU MALAYSIA : SATU ASPIRASI SATU AGENDA
Khatib : USTAZ MOHAMAD FIRDAUS BIN PAZIM

Sempena dengan sambutan Hari Guru 2013, marilah bersama-sama kita menghargai jasa para pendidik sekalian. Tidak kira siapapun mereka hatta yang mengajar kita walau satu huruf. Merekalah pendidik kita.

Islam menuntut kita untuk menuntut ilmu dan mengajarkan kepada insan lain. Ilmu yang bermanfaat merupakan sedekah yang mulia.

Justeru bagi menghargai jasa mereka marilah kita mendoakan kebahagiaan buat para guru, menziarahi guru-guru, memberikan sumbangan semampu mungkin, berkata yang baik dan lemah lembut dengan mereka, ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan kepada sesiapapun yang berjasa kepada kita.

< TERIMA KASIH CIKGU>

UTM Open Day