Saban hari kita sering memikirkan apa yang nak dimakan hari ini, apa yang nak dipakai, apa yang nak dibeli, status pangkat dan harta yg nak dikumpulkan. kita juga impikan rumah yang besar, kereta yg mewah dan segala-gala yg indah dan membahagiakan. Namun, kita terlupa memberikan hak kpd rohani yg ketandusan, lupa kpd bekal yg perlu disiapkan, lupa kpd Tuhan yang menciptakan segala kesempurnaan, lupa peruntukkan masa utk kebaikan. justeru, persiapkan diri kita sebelum dunia berakhir, sebelum nyawa diambil oleh 'Izrail.