RAMADAN 1433H tak berapa jam lagi akan bergerak meninggalkan kita. Sebagai seorang Mukmin sewajarnya kita merasa sedih dan mungkin risau sama ada kita akan dipertemukan lagi atau tidak dengan Ramadan akan datang. Adalah malang rasanya sekiranya kita merasa terlalu gembira dengan pemergian Ramadan seolah-olah terlepas daripada suatu beban.
Mari kita muhasabah diri adakah Ramadan yang semakin kita tinggalkan telah kita penuhi dengan amalan-amalan yang sepatutnya. Oleh itu, hari esok sepatutnya tidak dipersia-siakan atau diisi dengan perkara-perkara yang boleh mengikis pahala ibadat yang telah dilakukan sepanjang Ramadan. Semoga Ramadan kali ini mampu meneruskan amalan kita pada bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari admin Masjid Sultan Ismail, Pusat Islam UTM.