"UTM Respect & Use Zebra Line" merupakan salah satu aktiviti bersempena KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA yang dianjurkan oleh Kelas Budi Penyayang, Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum (CGCC) dengan kerjasama Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah.
Ianya bertujuan meningkatkan kesedaran warga kampus dalam:
1. Meningkatkan kesedaran kepada pemandu jalanraya untuk menghormati pengguna garisan (pejalan kaki)
2. Meningkatkan kesedaran pejalan kaki supaya memanfaatkan garisan zebra yang telah disediakan.
3. Menyebarkan maklumat & pengetahuan berkenaan penggunaan garisan zebra
Program berlangsung pada 11 Disember 2013 antara jam 9:00 pagi – 11:00 pagi di beberapa lokasi terpilih di sekitar kampus. Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan:
– Edaran Flyers/Template, Sticker Kenderaan, Bookmark UTM Respect & Use Zebra Line
– Aktiviti mengumpul tandatangan warga kampus sebagai tanda sokongan menghormati dan menggunakan garisan zebra.
– Aktiviti bantuan penggunaan garisan zebra di Dataran SUB
Bersama-sama kita menghormati dan meningkatkan kesedaran warga terhadap penggunaan garisan zebra di UTM.