Pusat Jaringan Komuniti Industri (CCIN) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Hari Libatsama UTM 2015 bertempat di Taman Tropika.
Pelbagai program menarik diadakan, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, dan ceramah kesihatan, demonstrasi membuat kraftangan tempatan dari bahan terbuang, permainan tradisional, penjualan produk makanan ringan, makanan dari luar negara oleh pelajar dari Korea, Palestin, Bangladesh, Nigeria dan Indonesia.
Selain jualan makanan, pelajar dari luar negara turut memakai busana tradisi mereka sebagai tarikan kepada pengunjung.

Hub BERITA – Program Libatsama UTM 2015 rapatkan jurang hubungan universiti-komuniti
www.news.utm.my
Like our news? Share it!