NC UTM DAN KSU KPT LAWAT MANGSA KEMALANGAN

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar melawat mangsa kemalangan EIMARace 2016 di Kuantan, petang tadi.

Mereka diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi TKPPT(A) Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir melawat mangsa di Hospital Tunku Ampuan Afzan dan di rumah mangsa di Indera Mahkota untuk menyampai cek, cenderahati dan ucapan takziah di atas kematian ahli keluarga.

Mereka turut melawat lokasi kemalangan di Jalan Kompleks SUKPA di Indera Mahkota.

Selepas itu Naib Canselor melawat seorang lagi mangsa kemalangan yang cedera dan sedang mendapat di Kuantan Medical Centre.