Pemakluman Kerja-kerja Penyenggaraan Rangkaian-Pertukaran Core Switch Utama UTM
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebagaimana tajuk diatas, pihak CICT bersama syarikat pembekal akan melaksanakan kerja-kerja pertukaran peralatan rangkaian (Core Switch utama UTM).
Sehubungan dengan itu akan terdapat gangguan akses bagi semua pengguna/server/aplikasi dalam UTM ke internet dan ke server/aplikasi UTM. Akses dari luar UTM ke server – server utama UTM juga akan mengalami gangguan (pada kadar minima). Gangguan tidak akan melibatkan pengguna perkhidmatan YES/YTL di kolej – kolej kediaman. Gangguan akan berlaku pada dua fasa seperti berikut:
Fasa 1:
Tarikh : 6 Mei 2015 (Rabu)
Masa : 00:00 pagi – 05:00 pagi
Fasa 2:
Tarikh : 12 Mei 2015 (Selasa)
Masa : 00:00 pagi – 05:00 pagi
Segala kesulitan amatlah dikesali dan harap maklum. Mohon kerjasama semua
pihak memaklumkan perkara ini kepada yang berkaitan
Sekian.
Best regards,
Siti Faridah Shikh A Rahman
Ketua Pegawai Teknologi Maklumat / Chief ICT Officer
Bahagian Operasi / Operating Division
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) / Centre for Information and Communication Technology