Mutiara Srikandi Edisi 22 Mac 2013 / 10 Jamadil Awwal 1434H
"Hak-hak Wanita Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam"
SIRI 2 : Wanita Semasa Dalam Perkahwinan
Penceramah : Pn Hajjah Nor Faizah binti Hj Zainudin

Antara perkongsian penting buat para Muslimat:-
-hak-hak ketika pertunangan. kita tidak berupaya untuk meramal masa hadapan terutama adakah ikatan pertunangan berakhir dengan lafaz ijab dan qabul. Oleh itu, amalan "simple" namun dapat membantu ialah segala bukti pembelian dan perbelanjaan untuk majlis pertunangan perlu disimpan dan direkodkan bagi memudahkan tuntutan ganti rugi ke atas pihak yang mungkir.

-hak berpoligami. Keizinan berpoligami perlu diperolehi di Mahkamah bukan semata-mata bergantung kepada keiznan isteri. Oleh itu, wanita tidak perlu gusar kerana Mahkamah akan mempertimbangkan banyak aspek seperti kemampuan ekonomi, keadilan dsbgnya sebelum memberikan kebenaran tersebut.

-hak nafkah. Suami perlu menyediakan keperluan asas yang SEMPURNA kepada isteri dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut kemampuan suami. Namun, ini bukanlah alasan untuk suami meletakkan isteri di kediaman yang mana suasana, persekitarannya membahayakan dan menggugat keselamatan, kehormatan dan keselesaan isteri.

-hak keselamatan. Buat para isteri, tolong segera bertindak jika diri dikasari dan dianiaya suami seperti ditampar, dipukul dsbgnya. Antaranya boleh membuat laporan polis, memberitahu ahli keluarga yang dipercayai dan membuat pemeriksaan di pusat kesihatan bagi mendapatkan laporan perubatan. Berdiam diri bukan cara yang betul untuk menunjukkan rasa kasih sayang dan taat tidak bertempat kepada suami.

= Jadilah isteri solehah dan taat kepada para suami selagi mana tidak bertentangan dengan hukum syarak. Ketahuilah hak-hak isteri agar diri tidak dizalimi=

UTM Open Day