MENYALUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR MELALUI AKUAN BANK

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan, Pej Bendahari telah membuka satu akaun bank untuk tujuan kutipan wang sumbangan bagi bencana banjir yang sedang melanda beberapa negeri kini.

Kepada semua staf / sesiapa sahaja yang ingin memberi sumbangan dan terus bank-in ke akaun, bolehlah menggunakan kaedah berikut :

1. Sumbangan Wang Tunai melalui Kaunter Bank / ATM / Mesin Deposit Tunai:

Bank : CIMB Bank
No Akaun : 8006053536
Penerima : Bendahari Universiti Teknologi Malaysia
Nota : Sila hantar slip sumbangan anda melalui faksimili ke 07-5579887 atau
emelkan kepada : bendahari@utm.my.

2. Sumbangan melalui Online:

Bank : CIMB Bank
No Akaun : 8006053536
Penerima : Bendahari Universiti Teknologi Malaysia
Nota : Sila buatkan salinan skrin 'deposit' dan emelkan kepada bendahari@utm.my.

3. Sumbangan melalui Cek :

Tuliskan cek atas nama 'Bendahari Universiti Teknologi Malaysia' dan serah ke:

Pejabat Bendahari, Aras 2,
Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru,
Johor.

Semoga sumbangan saudara dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang sedang melalui ujian daripadaNya.