Noor Hanis wanita pertama dilantik Presiden MPMUTM | Hub Berita
Mahasiswa tahun akhir Sarjana Muda Sains Biologi, Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME) Noor Hanis Mohd Noor mencipta sejarah menjadi wanita pertama dipilih sebagai Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau menerima watikah perlantikan sebagai Presiden bagi sesi 2016/2017 yang disampaikan oleh Naib Canselor Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar di Dewan Senat, hari ini. Pemilihan kali ini menyaksikan barisan kepimpinan MPM dikuasai oleh wanita apabila Setiausaha Agung disandang oleh Nur Umairah Muhamad, Bendahari Kehormat oleh Nur Salsabilla Aziz dan Setiausaha Kerja oleh Azzyati Awanis Mohamad Khairuddin. Bagaimanapun, jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Mohd Fitri Abd Manaf. Noor Hanis, 22, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan pernah menjadi Exco Jabatan pada sesi 2014/15 dan Timbalan Presiden sesi 2015/16. Beliau yang ditemui selepas Majlis Perlantikan dan Penyampaian Watikah MPM sesi 2016/2017 berkata pemilihan beliau sebagai presiden wanita yang pertama bagi mengetuai barisan kepimpinan mahasiswa universiti berkenaan membuktikan bahawa komuniti mahasiswa kini telah berubah dan matang. baca selanjutnya:
Oct 16, 2016