Kepada Semua Warga UTM

Demi membantu mangsa banjir, tabung bantuan akan diwujudkan oleh pihak UTM. Semua derma dalam bentuk wang ringgit dan sumbangan dalam bentuk pakaian, selimut, air mineral, biskut, susu, pampers dan lain-lain bantuan boleh disalurkan semasa perhimpunan bulanan Naib Canselor pada hari Selasa, 10 Disember, 2013.

Sila hubungi Pn Norizan Salleh, HEK (012 7075924) atau En Azham Ramli, Pej. Naib Canselor (019 7808632) untuk sebarang pertanyaan berkaitan sumbangan kepada mansa banjir.

Sekumpulan pelajar dan staf akan ke Kuantan, Pahang pada hari Rabu, 11 Disember, 2013 untuk menyalurkan bantuan yang dikumpulkan. Sumbangan ikhlas warga UTM sangat sangat diharapkan demi meringankan beban mangsa banjir.

Sekian, terima kasih.

Naib Canselor dan pihak Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia

http://www.news.utm.my/2013/12/flood/