Kepada Semua Warga UTM

Adalah dimaklumkan bahawa Unit University Social Responsibility (USR) Pejabat Hal Ehwal Korporat akan bersama-sama mengikuti program anjuran Perbadanan Taman Negara (Johor) yang akan diadakan sepertimana berikut :-

Tarikh : 29 November 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Taman Negara Tanjung Piai, Johor

Oleh yang demikian, sesiapa yang ingin turut serta di dalam program ini adalah sangat-sangat dialu-alukan dan perlu mendapatkan sendiri kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.

Untuk makluman, bas akan disediakan pada jam 6.30 pagi bertempat di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim lengkap berpakaian seluar track, kameja T dan kasut sukan atau but serta pakaian selepas program ini. Makan tengahari disediakan untuk semua.

Sesiapa yang berminat sila emelkan nama penuh, no. kad pengenalan dan nama jabatan ke rozaleigh@utm.my pada atau sebelum 25 November 2011 jam 12.00 tengahari.

UTM Open Day