KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI JURUUKUR TANAH LAPANGAN DI JURUUKUR TAKZIM JAYA:
Sukacitanya dimaklumkan bahawa syarikat kami mempunyai satu (1) kekosongan bagi jawatan sebagaimana yang dimaksudkan.
Pihak kami membuka ruang dan tawaran kepada para pelajar (yang berminat) yang baru menamatkan pengajian di Fakulti pihak tuan, untuk mengisi kekosongan yang ada.
Kriteria bagi Jurukur Tanah Lapangan yang diperlukan adalah sebagaimana berikut:
(i) Jantina: Lelaki
(ii) Umur : 20 – 25 tahun
(iii) Status : Bujang
(iv) Kesihatan : Baik
(v) Akademik : Diploma / Ijazah pertama
(vi) Bidang : Ukur Tanah
(vii) Gaji : Tertakluk kepada kemajuan pasukan ukur
(viii) Lain-lain :
– Boleh membawa pasukan ukur
– Tahan lasak di lapangan
– Mempunyai lesen memandu kelas ‘D’ yang sah
– Disiplin diri yang tinggi
– Sentiasa bersedia untuk belajar dan menilai diri
Pihak kami mempersilakan para pelajar untuk menghantarkan ‘resume’ melalui e-mail kami di jtjsbjb@gmail.com dengan menyatakan nombor talipon untuk dihubungi kemudian atau menghubungi terus pihak kami di talian 012-7172127.
Sekiranya terdapat apa-apa kemuskilan atau memerlukan maklumat lanjut, dialu-alukan untuk menghubungi pejabat kami atau penama di bawah di talian 012-7172127.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Sr. MOHD AZHAN B. MOHAMED YUSOP
Jurukur Takzim Jaya Sdn. Bhd.