JAWATAN KOSONG DI UTM (Job Vacancies – For Malaysian only)

Pegawai Penyelidik
Gaji pokok dari RM1899.01
Elaun Berkaitan:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan: RM250.00
Jawatan Pegawai Penyelidik adalah bertaraf Tetap/Kontrak.

Lokasi jawatan adalah di kedua-dua kampus UTM Johor Bahru/UTMIC Kuala Lumpur.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang memiliki kriteria berikut:

1) Kelayakan akademik dalam bidang Kejuruteraan Proses, Teknologi Makanan, Mikrobiologi, Kimia, Farmasi Biologi dan Kejuruteraan Komputer.

2) Pengalaman bekerja dimakmal bertaraf MSISO 17025 atau terlibat dalam penyelidikan kontrak bersama pihak industri.

3) Berkebolehan menulis dan menerbitkan jurnal berimpak faktor hasil dari penyelidikan yang dijalankan.

CARA DAN PERATURAN MEMOHON

1) Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) melalui laman web utm.

2) Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

3) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja kan dipanggil untuk temuduga.

4) Salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah diserahkan semasa menghadiri temuduga.

5) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak Berjaya.

https://hrfin.utm.my/smuhr/portaliklan/portaliklan.do?id=82&twit=admin&action=paparDetailIklan

Jawatan Kosong | Pegawai Penyelidik | UTM Portal Management System
hrfin.utm.my
Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan secara atas talian (online) melalui laman web utm. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

UTM Open Day