INFO RAMADAN@MASJID 2:

Tidak berkurang harta kita dengan bersedekah. Jadikan kesempatan RAMADAN kali ini untuk kita memperbanyakan SEDEKAH kerana sedekah dapat menyuburkan harta, menghilangkan kesusutan, menambahkan rezeki, kesihatan dan kebahagian hidup manusia.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:
"Perumpamaan mereka yang menginfakan harta mereka dijalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai yang pada setiap tangkai seratus biji dan Allah menggandakan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas lagi maha Mengetahui.

Ayuh menyumbang sempena Ramadan kerana harta yang menjadi milik kita adalah yang diinfakan. Peluang bersedekah di Masjid Sultan Ismail…
1) Iftar
2) Wakaf 1000 al-Quran
3) Bubur Lambuk
4) Pembinaan Sekolah Agama UTM