INFO RAMADAN@MASJID 1:

MATLAMAT agung menerusi ibadah puasa adalah untuk mencapai darjat TAKWA kerana menjunjung perintah Allah SWT dan mengutamakan keredhaanNya. Puasa merupakan salah satu jalan yang boleh menyampaikan seseorang kepada takwa. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya (mudah-mudahan) kamu bertakwa."(al-Baqarah ayat 183)

Allah SWT menggunakan perkataan "l'alla" bererti "mudah-mudahan" kerana amalan puasa yang dilakukan tidak dipastikan sama ada ia akan membawa kepada takwa atau sebaliknya. Hal ini kerana ibadah puasa mempunyai SYARAT-SYARAT yang mesti diikuti bagi menjamin KESEMPURNAANNYA.