Hadis Pilihan
Rasulullah s.a.w. bersabda sudah hampir kiamat, yang mana manusia semakin tamak terhadap harta dunia dan semakin jauh daripada Allah. HR tabrani.
HUraian Hadis
Menurut hadis itu kalau sudah kiamat manusia semakin tamak kepada kepada harta dunia dan semakin jauh daripada Allah. Zaman sekarang sudah jelas berlaku apa yang disebutkan hadis itu. Orang semkin ghairah mencari duit dan juga semakin tamak.
Orang sekarang tidak puas hati kalau sekadar cukup makan, cukup pakaian, punya rumah sederhana dan kenderaan sederhana, tetapi inginkan yang serba mewah. seandainya dia sudah mendapatkan kemudahan yang serba mewah, dia belum juga merasa cukup.