hadis pilihan zohor

Daripada Abu Hurairah, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda bersabda:
"Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki yang bersenang-senang di dalam syurga, kerana dibalas oleh Allah taala dari perbuatan memotong sebatang pohon kayu yang melintang di jalan yang mengganggu jalan orang Islam"

Hadis Riwayat Muslim

syarah Hadis

hadis ini menunjukkan kepada kita betapa besarnya pahala orang yang membuat kerja-kerja sosial setelah melaksanakan kewajibannya oleh lelaki ini. Dengan memotong sebatang pohon kayu yang menghalang di jalan tiba-tiba die telah dibalas dengan ganjaran yang besar ini. Maka dari sini kita dapat paham bahwa ibadat itu ada yang dilakukan dalam bentuk sembahyang, zikir, bacaan al-Quran, puasa, haji, umrah dan lain-lain, dan ada dalam bentuk keeerja-kerja sosial atau dalam bentuk keduniaan tetapi nilai pahalanya di sisi Allah taala adalah sangat besar sekali.