hadis pilihan zohor…

daripada Abu Ya'la, Syaddad Bin Aus , Rasulullah bersabda; 'Sesungguhnya Allah taala telah menyuruh kamu untuk berbuat baikdalam segala urusan. Maka apabila kamu membunuh musuh maka bunuhlah dengan cara yang baik, dan apabila kamu menyembelih binatang maka sembelihlah dengan cara yang baik. Hendaklah seseorang di antara kamu menajamkan mata pisaunya, maka dengan itu ia telah merehatkan binatang sembelihannya.'
(HR MUSLIM)

syarah hadis

hadis ini menunjukkan kepada kita sebahagian daripada akhlak Islam. Di manaAllah taala telah memerintahkan agar kita semua dapat berbuat baik dalam segala urusan kita, dengan ertikata kita disuruh untuk mengelokkan segala perbuatan dan kerjaya kita. Kalau ia seorang tukang misalnya maka hendaklah ia menghaluskan buatannya. Kalau ia seorang petani maka hendaklah ia sedaya upaya mengindahkan hasil pertaniannya.