Photo – [Peringatan untuk Graduan dan Ibubapa] Para graduan dan ibubapa yang budiman, Tahniah atas pencapaian anda, dan kami di UTM berharap supaya kenangan manis ini akan sentiasa kekal di hati. Sedikit peringatan untuk para graduan dan ibubapa budiman – kami meminta supaya anda tidak mengambil tempat parkir yang telah dikhaskan untuk staf UTM. Ini ialah kerana hari ini mungkin hari yang istimewa buat anda, tetapi untuk staf UTM, hari ini tetap hari bekerja. Ini bermakna, dengan tindakan mengambil tempat parkir yang dikhaskan untuk staf, anda akan menghalang mereka dari melakukan tugas mereka seperti menghadiri mesyuarat penting, mengajar kuliah, menghantar barang, berjumpa dengan pelajar untuk penyeliaan, melakukan penyelidikan, dan sebagainya. Kami sebagai tuan rumah amat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan ke kampus tercinta kami, dan kami juga bergembira bersama anda atas kejayaan anda. Namun, kami juga mengharapkan jasa baik tuan-tuan supaya menghormati kami, dan tugas yang kami perlu lakukan dalam kerja seharian. Terima kasih, dan sekali lagi, kami mengucapkan tahniah. – Pengurusan UTM

[Peringatan untuk Graduan dan Ibubapa] Para graduan dan ibubapa yang budiman, Tahniah atas pencapaian anda, dan kami di UTM berharap supaya kenangan manis ini akan sentiasa kekal di hati. Sedikit peringatan untuk para graduan dan ibubapa budiman – kami meminta...
UTM Open Day