Betapa besarnya jasa guru mendidik anak bangsa. Mengajar dan mendidik serta melayan kerenah pelajar yang pelbagai. Memperkenalkan ilmu serta mendidik menjadi insan yang berguna. kenangilah jasa guru walau mereka sudah tidak bersama kita, apatah lagi yang berada di depan mata. tanpa mereka siapalah kita yang dianggap berjaya dalam kerjaya, hebat dalam menyusun kata, nama disebut di mana sahaja…selamat HARI GURU buat semua guru tercinta dari pra sekolah sehinggalah ke menara gading. Semoga ilmu yang bermanfaat menjadi bekalan dunia akhirat buat semua.