Bergembiralah. Ketika Nabi Musa terselamat juga diraikan oleh baginda, apalagi nikmat yang lebih besar dari itu, kelahiranmu Ya Rasulallah.
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-prn2/276118_100001061355318_1715153728_s.jpg
Ellyeen Amineen
Bulan ini, bulan bahagia bagi Ahli Sunnah dan musibah bagi segelintir kelompok. Sebab di bulan ini Ahli Sunnah bersungguh mengikut sunnah baginda yang meraikan nikmat terselamatnya Nabi Musa dan tenggelamnya Firaun dengan ibadah. Ibadah puasa. Itulah sunnah baginda. Menyambut nikmat dengan ibadat. Lalu umatnya ini mahu begitu gembira dengan nikmat yang lebih besar, iaitu meraikan nikmat kelahiran Rasulullah dengan ibadah jua. Ibadah majis ilmu, selawat, silaturahim dan memberi makan. Syamail dan pujian, menambah rindu dan cinta. Di bulan ini, malaikat dan seluruh makhluk merasa gembira dgn lahirnya Nabi yang mulia, demikian juga di bulan ini Ahli Sunnah semakin berbahagia dan gembira. Masakan tidak. Pernah sekumpulan wanita mohon izin untuk memainkan kompang kerana gembira menyambut baginda selamat pulang perang juga diizinkan baginda, apalagi mengenang kelahiran Makhluk Allah termulia yg telah membimbing kita ke jalan yg lurus. Maka bergembiralah. Sambutlah duhai pencinta Rasulullah. Tapi di bulan ini, dahulu syaitan dan iblis berteriak kemarahan kerana lahirnya Nabi…gelisah, resah dan punah. Demikian juga di bulan ini, ada sebangsanya, hatinya sakit tatkala Nabi dipuji, selawat bersama seakan mencederakan telinganya, majlis ilmu tentang kehidupan Nabi bagaikan menghiris-hiris hatinya, sunnah memberi makan dihina-hinanya…hatta nafsunya mencipta kefahaman baru dari dalil2 milik manusia yang tidak disenanginya itu, lalu mencari kehidupan dengan cara begitu. Teriakan. Tohmahan. Lekehan. Perlian. Persoalan. Duhai Rabiul Awwal. Kedatanganmu disenangi. Kehadiranmu juga digeruni.