Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bekalan elektrik di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI) terpaksa dicatu mulai hari ini.

Berikutan itu, perkhidmatan sistem penghawa dingin berpusat terpaksa ditutup sementara sehingga kabel agihan utama dalam pencawang diganti baru.

Kerja pembaikan dijangka berlarutan hingga 5 November 2016.

Sehubungan itu, tuan/puan dicadangkan supaya memakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaan suhu yang kurang memuaskan.

Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.

Sekian, harap maklum.