A good initiative by KTF 🙂
Kolej Tun Fatimah UTM Serah RM7,500++
Kolej Tun Fatimah UTM Skudai telah turut prihatin terhadap nasib rakyat Palestin yang terus ditindas rejim Zionis Israel kejam..! Bersempena program besar UTM Berselawat yang telah berjaya dianjurkan dengan cemerlang selama satu minggu dan kemuncaknya pada 24 Feb 2013 yang lalu, pengetuanya, PM Dr Mohini telah menjemput Aqsa Syarif sebagai penganjur bersama dan kutipan derma untuk Palestin serta pameran di adakan di majlis berkenaan. Pada masa yang sama tabung berasingan untuk Dana Endowment UTM turut diadakan. Majlis yang dijayakan oleh para ulama' terkenal tanah air dan para aktivis dan selibriti tanah air telah melonjakkan aktiviti UTM berselawat itu. Pada 30 Mac 2013 telah berlangsung majlis peneyrahan kutipan dari tabung Palestin Aqsa Syarif dan pengetua Kolej Tun Fatimah UTM telah menyerahkan sejumlah RM7,500, 10 Saudi Rial, Sing Dollar 12 dan duit Thailand hasil kutipan kepada Penolong Pengerusi Sekritariat Aqsa Syarif Johor, PM Dr Abdul Rahim dimajlis makan malam kolah yang turut dihadiri oleh TNC Hal Ehwal Mahasiswa UTM Prof Dr Mohd Ismail b Abd Aziz. Tahniah dan terima kasih kepada Pengetua dan seluruh warga Koleh Tun Fatimah serta para penderma.